Bung Moktar sibuk, tak pernah lupa tanggungjawab – Zizie Ezette

Posted on

Zizie berkahwin dengan Bung Moktar, 58, pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017.

Dia turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.

Antara soalan yang ditanya netizen menerusi ruang pertanyaan di IG.

Selain itu, Zizie juga ditanya bagaimana dia melayan anak angkat secara adil bersama anak-anak kandungnya.

Zizie berkata, dia dan keluarganya tidak pernah ada istilah anak angkat kerana kesemua mereka adalah tanggungjawab dan amanah Allah.

“Nak jawab soalan ini pun saya tidak selesa. Selalunya orang luar yang selalu mention itu anak angkat. 

“Dalam keluarga kami tiada istilah anak angkat. Mereka semua adalah tanggungjawab dan amanah Allah. Semua disayangi sama rata,” ujarnya.

Zizie merupakan perkahwinan kedua Bung Moktar.

Tags / Kata Kunci: Zizie Ezatte , Bung Moktar

Sumber: mstar