‘Didi & Friends’ anjur karnival rai kejayaan 1 bilion tontonan

Posted on

Ketua Pengarah Ekskutif Digital Durian, Sinan Ismail memberitahu pihaknya teruja untuk menganjurkan karnival itu dengan pelbagai aktiviti pentas dan interaktif serta pelbagai permainan baharu.

“Bukan sahaja permainan, kami turut menitikberatkan pada dekorasi karnival seperti mewujudkan rumah Didi, Nana, Jojo, Pulau Hokey Pokey dan banyak lagi supaya pengunjung yang hadir berasa seolah-olah berada di dunia Didi & Friends,” katanya.

Malah Sinan mendedahkan pihaknya akan membawakan Konsert Hora Horey Live 2019 dan Didi & Friends The Movie yang akan ditayangkan pada 2021.

Karnival Didi & Friends akan diadakan pada 14 hingga 17 September 2018.

“Didi & Friends juga telah dialih kepada tujuh bahasa iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Hindi, Bahasa Portugis, Bahasa Thailand dan terbaharu Bahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris dan Bahasa Vietnam,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin pula memberitahu animasi itu telah mencipta pelbagai kejayaan sehingga meletakkan jenama Didi & Friends dalam kelasnya tersendiri.

“Saya percaya selepas ini lebih banyak lagi perkara yang akan diteroka oleh Digital Durian untuk terus mengangkat Didi & Friends dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan menjadi produk animasi anak tempatan disegani di peringkat global,” katanya.

Putri Yasmin memberitahu pada karnival itu nanti, pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik dan menyeronokkan yang sesuai buat seisi keluarga telah diatur buat pengunjung karnival.

Antaranya ‘Karaoke Bersama Didi’, ‘Manicure Bersama Nana’, ‘Bina Bongkah Bersama Jojo’, ‘Petik Buah Di Ladang Pak Atan’, ‘Menari Dan Menyanyi Di Musikal Didi & Friends’, ‘Meet And Greet Didi & Friends’, pertandingan ‘Kostum Didi & Friends’, ‘Hias Kek Bersama Didi & Friends’ dan banyak lagi.

Berita baik buat kanak-kanak, Karnival 1 Bilion Didi & Friends turut menawarkan 100 tunggangan maskot Didi & Friends (Zoomoov) secara percuma selama empat hari karnival berlansung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *