Drew Barrymore kembali ke pangkuan Justin Long?

Posted on

Drew Barrymore dan Justin Long pernah bercinta selama tiga tahun.

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Drew Barrymore dilaporkan kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya, aktor Justin Long selepas lapan tahun berpisah.

Page Six melaporkan, kedua-dua pelakon itu dilihat keluar daripada sebuah hotel di New York pada Isnin lalu.

Justin yang memasuki hotel itu bersendirian kemudiannya keluar bersama Drew.

Pasangan itu bercinta selama dua tahun pada 2007 sebelum berpisah pada 2010.

Drew kemudiannya berkahwin dengan pelakon Will Kopelman pada Jun 2012 sebelum mengumumkan perpisahan mereka empat tahun kemudian.

Tags / Kata Kunci: Drew Barrymore , Justin Long

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *