Henry Golding berlakon di samping pemenang Oskar Matthew McConaughey

Posted on

Henry Golding bakal membintangi filem Toff Guys di samping pemenang Anugerah Akademi, Matthew McConaughey.

(Ubah saiz teks)

PELAKON kelahiran Malaysia, Henry Golding sekali lagi menjadi tumpuan Hollywood apabila bakal membintangi sebuah filem aksi di samping pemenang trofi Pelakon Terbaik Anugerah Oskar 2014, Matthew McConaughey.

Selain Matthew, filem berjudul Toff Guys arahan Guy Ritchie itu turut menggandingkannya dengan aktres Kate Beckinsale.

Henry menerusi Instagram miliknya turut mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu tidak sabar untuk bekerja dibawah arahan Guy.

Filem Crazy Rich Asians telah menaikkan nama Henry Golding di Hollywood. 

Nama Henry mula dikenali di Hollywood selepas filem lakonan pertamanya, Crazy Rich Asians mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja di Amerika Syarikat malah di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *