Johan beli mesin video, Ozlynn rasa nak penerajang

Posted on

Minat Johan terhadap permainan video bukan satu rahsia malah sebelum ini Ozlynn pernah memuat naik video tentang hobi suaminya itu di Instagram.

Johan memang meminati permainan video.

Johan juga pernah memberitahu dia lebih senang berada di rumah bermain permainan video daripada meluangkan masa di luar sekiranya mempunyai waktu lapang.

Dalam pada itu, Ozlynn menerusi kapsyen pada gambar itu secara bergurau ingin menendang penjual mesin video arked tersebut.

Malah Johan juga tidak terkecuali apabila Ozlynn juga ingin ‘mengajar’ suaminya kerana telah membeli permainan video itu.

“Aku rasa macam nak bagi penerajang dekat yang jual ni. Kat laki (suami) aku, malam ni tau la ko aku lipat-lipat! Ko ingat rumah aku muzium ke?,” tulisnya yang sebenar bersifat gurauan.

Untuk rekod, permainan mesin arked popular dalam kalangan remaja sekitar tahun 1990-an dan kini ia menjadi barangan koleksi oleh pencinta permainan video.

Tags / Kata Kunci: Ozlynn , Johan Raja Lawak , Arcade

Sumber: mstar