Mata anak Lan Solo, Sheila tak henti berkedip kerana gajet

Posted on

(Ubah saiz teks)

DERITA seorang kanak-kanak di Filipina yang terpaksa menanggung sengsara kerana mengalami gangguan saraf pada bahagian muka sejak Julai lalu gara-gara kerap menggunakan gajet turut mendapat perhatian isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim.

Sheila yang turut berkongsi video laporan itu menerusi Instagramnya mendedahkan anak ketiganya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, nyaris mengalami keadaan sama akibat penggunaan gajet yang menyebabkan mata anakya tidak berhenti berkedip selain mengalami sakit kepala.

“Untuk pengetahuan korang, anak KY (nama Sheila di Instagram), Akid hampir-hampir jadi macam ini, puncanya dari perkara yang sama, gajet!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *