Mata anak Lan Solo, Sheila tak henti berkedip kerana gajet

Posted on

“Sama kejadiannya, mata tak berhenti berkedip-kedip… Bangun tidur menangis sebab mata sakit, lepas itu sakit kepala,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sheila berkata, dia bertuah kerana cepat perasan terhadap perubahan anaknya itu dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini.

Sheila berkongsi mengenai kisah anaknya di Instagram.

Bagaimanapun katanya, ia bukan satu perkara mudah apabila Akid mengamuk kerana dia dan suami tidak lagi membenarkannya bermain gajet.

“Nasib baik kami cepat perasan. Kami terus simpan semua gajet dan ya, Akid mengamuk sepanjang hari sebab tak dapat gajet.

“Tapi kami kentalkan hati biar sampai dia lupa gajet. Alhamdulillah seminggu je dia lupa semua.,” tulisnya lagi.

Tambah Sheila, kesan daripada tindakan segera itu, keadaan Akid kembali pulih seperti sedia kala.

Katanya lagi, perkongsiannya itu kerana ingin berkongsi pengalaman dan berharap pengikutnya yang turut mempunyai anak kecil mengambil iktibar.

“Terus hilang sakit kepala dan mata berkedip dia tu. Anda juga ambil perhatian ya, ini pengalaman kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lan menerusi Instagramnya pula berkongsi detik cemas apabila dahi Akid koyak akibat terjatuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *