Maut akibat terhidu gas monoksida

Posted on

Loading…

Dua remaja lelaki yang ditemui mati dalam kereta Perodua Myvi berwarna putih yang diparkirkan di tepi jalan, disahkan meninggal dunia kerana terhidu gas karbon monoksida, lapor Harian Metro
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, bedah siasat ke atas Mohd Fitri Haimin, 19, dijalankan di bilik mayat Hospital Kinabatangan pada jam 10.40 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi mengesahkan mangsa mati akibat keracunan (terhidu karbon monoksida). 
“Karbon monoksida dilaporkan daripada pelepasan kenderaan dan gas penghawa dingin kenderaan,” katanya. 
Sementara itu, bedah siasat ke atas mayat seorang lagi mangsa sedang dijalankan. 
Semalam, Mohd Fitri dan rakannya, Mohd Helmi Muhammad, 19, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi hadapan kenderaan. 
Jenazah Mohd Fitri telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Wasatiyyah, Batu Sapi, Sandakan petang tadi. 
Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, kedua-dua mangsa bekerja di kawasan Jeroco, Lahad Datu, dan mereka dalam perjalaan pulang dari Keningau ke Lahad Datu. 
BERITA BERKAITAN: 

Sumber: thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *