Mia Sara alami jangkitan, buah pinggang bengkak

Posted on

Mia dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas mengalami sakit perut yang teruk.

(Ubah saiz teks)

BAPA kepada pelakon Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan terkilan dengan sebuah blog yang melaporkan berita tidak sahih mengenai penyakit anaknya.

Ridhuan Ridhuan atau lebih mesra dengan panggilan Ridz berkata dia berasa hairan bagaimana netizen boleh tahu keadaan anaknya ada kaitan dengan buah pinggang.

“Saya terkilan juga dengan beberapa buah blog yang menulis tentang Mia yang dikatakan sakit buah pinggang.

“Seperti mereka mendoakan sakit anak saya pula. Saya hairan juga macam mana netizen boleh tahu sedangkan saya belum keluarkan kenyataan apa-apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *