Mia Sara alami jangkitan, buah pinggang bengkak

Posted on

Keadaan Mia kini semakin positif.

“Sebab itu, saya terpaksa gunakan platform media sosial saya untuk jelaskan keadaan Mia yang sebenar,” kata Ridz ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Ridz, Mia dikejarkan ke Thomson Hospital Kota Damansara selepas mengalami sakit perut yang teruk dan tidak dapat membuang air kecil.

Doktor mengesahkan Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 13, mengalami jangkitan kuman di saluran air kencing menyebabkan buah pinggangnya bengkak.

“Pagi subuh Isnin tu Mia ada mengadu sakit perut dan tak boleh kencing tapi dia pergi juga sekolah.

“Dalam pukul 12 tengah hari dia hubungi saya kata perut sakit sangat. Saya bawa pergi klinik tapi doktor kata kena bawa ke hospital.

Ridz berharap orang ramai mendoakan anaknya cepat sembuh.

“Di hospital doktor kata dia dah kena jangkitan pada air kencing sehingga menyebabkan buah pinggangnya menjadi bengkak,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mia kini dalam keadaan stabil dan dia mungkin dibenarkan pulang pada Sabtu sekiranya tidak ada apa yang berlaku pada malam ini.

“Alhamdulillah keadaan dia semakin baik walaupun semalam (khamis) dia agak kritikal sebab mengalami sakit perut yang teruk.

“Tapi hari ini doktor dah tukar ubat lain nampak semakin positif. Kalau dia tak ada rasa sakit malam ini, Insya-Allah esok dia dibenarkan pulang,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Mia Sara

Sumber: mstar