“Pakai baju ropol keliling dunia… muah sana, muah sini, ‘sendu’ tu anda” – Diana Danielle bidas Vida

Posted on

Diana turut terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan Vida mengenai artis 'sendu'.

(Ubah saiz teks)

KENYATAAN usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) melabelkan artis yang tidak muncul di televisyen terlalu lama adalah ‘sendu’ mencetuskan kemarahan beberapa selebriti tempatan.

Salah seorang selebriti iaitu pelakon Datin Diana Danielle turut meluahkan rasa marah terhadap Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman.

Kata Diana, 27, istilah ‘sendu’ itu sepatutnya ditujukan kepada Vida sendiri yang menceburi semua bidang hanya semata-mata untuk menjual produk yang dianggap tidak dikenali.

“Yang sebenarnya sendu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, muah sana muah sini, dengan kontroversi ntah apa-apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *