“Sebab itu anak dara aku sentiasa pakai seluar” – Fynn Jamal

Posted on

Fynn bersama suami dan dua anak mereka, Bakti Arjuna Fitri dan Sakti Kencana Fitri. Foto Instagram @fynnjamal

(Ubah saiz teks)

BERITA mengenai penahanan seorang lelaki autism berusia 22 tahun yang dipercayai menyentuh dada seorang wanita pada Selasa lalu mendapat perhatian Fynn Jamal yang turut terkesan dengan insiden itu.

Fynn berkata, anak lelakinya, Bakti Arjuna Fitri yang juga penghidap autism menunjukkan sikap ingin tahu tentang anatomi manusia.

“Ada banyak spektrum autism dan banyak juga jenis masalah stimulasi yang mereka ada, variasi, tak pernah sama sentiasa.

“Juna (anaknya) seperti lelaki 22 tahun ini, ada sedikit sama, ingin tahu tentang anatomi. Aku tak tahu tentang lelaki 22 tahun tadi dan aku tak ada rancangan untuk membincangkan tentang dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *