Terhina ditawar RM1,500 pegang watak utama, ada pula kata Jalil Hamid tak bersyukur

Posted on

Jalil Hamid berasa terhina apabila ditawarkan bayaran sebanyak RM1,500 bagi memegang watak utama sebuah drama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon terkenal Jalil Hamid meluahkan rasa terkilan apabila ditawarkan bayaran sebanyak RM1,500 bagi membintangi sebuah drama.

Lebih menyedihkan katanya, tawaran bayaran itu adalah untuk watak utama, sekali gus menyifatkan ia satu penghinaan terhadap dirinya sebagai seorang pelakon veteran.

“Bila dah jadi artis veteran ni rupanya dah jatuh nilai.

“Aku rasa terhina betul apabila ada produksi tawarkan peranan utama… 12 babak daripada 16 babak, penggambaran selama dua hari, harga yang ditawarkan RM1,500,” tulisnya di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *