Terima kasih masih ingat Lucy – Angeline Tan

Posted on

Angeline Tan ditemui pada majlis pengumuman teater Tanah Akhirku yang diadakan di Istana Budaya.

Pementasan teater tersebut akan berlangsung pada 28 Ogos hingga 2 September depan.

Angeline Tan (kanan) bawa watak ibu kepada Mei Fan.

Tambahnya, dia tidak marah malah berbangga kerana masih ada yang ingat dirinya sebagai salah seorang pelakon sitkom tersebut.

Dalam pada itu, Angeline berkata, pada usia sekarang dia sering menerima watak sebagai ibu dan nenek.

Katanya, kekangan bahasa juga membuatkan dia jarang muncul dalam drama-drama Melayu.

“Saya masih aktif terutama dalam drama-drama Cina dan selalu bawa watak ibu atau nenek.

“Saya kurang muncul dalam drama Melayu kerana tiada watak yang sesuai,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang teater Tanah Akhirku, Angeline berkata dia membawakan watak ibu kepada pelakon utama Mei Fan.

Katanya, dia menerima pelawaan untuk terlibat dalam teater berkenaan adalah untuk belajar cara lakonan teater dengan generasi baharu.

“Walaupun kebanyakkan mereka masih baru tapi idea dan cara mereka lebih baik daripada kita yang lama.

“Saya ingin belajar dan bagaimana mereka yang muda-muda ini berkerja,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Angeline Tan , Lucy , Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Sumber: mstar